Senin, 17 Februari 2014

Rangkaian Article Islami

 

Akhlak Nabi Muhammad S.a.w



Diriwayatkan mengenai perilaku Rasulullah s.a.w., bahwa Baginda tidak pernah sama sekali memukul seorang pun dengan tangannya, melainkan  dipukulnya kerana fisabilillahi Ta’ala. 
Baginda juga tidak pernah memendam dendam atas sesuatu yang dilakukan orang untuk menyakiti dirinya, melainkan beliau akan marah bila melihat kehormatan Allah dirampas.

Jika Baginda diminta untuk memilih antara dua perkara, tanpa ragu-ragu lagi Baginda akan memilih yang paling ringan dan mudah antara keduanya, kecuali jika pada perkara itu ada dosa, ataupun akan menyebabkan terputusnya perhubungan silaturrahim, maka Baginda akan menjadi orang yang paling jauh sekali daripadanya.
Tiada pernah seseorang yang datang kepada Nabi s.a.w., baik ia merdeka atau hamba sahaya ataupun amah (hamba sahaya perempuan) mengadukan keperluannya, melainkan Baginda akan memenuhi hajat mereka.

Termasuk akhlaknya yang mulia, ialah bijaksana
Berkata Anas r.a.: Demi Zat yang mengutusnya dengan kebenaran. Ia (Nabi) tiada pernah berkata padaku dalam perkara yang tiada diinginnya, mengapa engkau lakukan itu. Dan apabila isteri-isteri memarahiku atau sesuatu yang aku lakukan, maka ia berkata kepada mereka: Biarkanlah si Anas itu, dan jangan dimarahi, sebenarnya tiap-tiap sesuatu itu berlaku menurut ketentuan dan kadar.

beliau memberi salam kepada sesiapa saja yang ditemuinya. Jika ada orang yang mengasarinya kerana sesuatu keperluan, ia menyabarkannya sehingga orang itu memalingkan muka daripada baginda. Bila berjumpa dengan salah seorang sahabatnya, segera ia akan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Baginda tidak pernah bangun atau duduk, melainkan lidahnya sentiasa menyebut nama Allah.

Seringkali bila sedang sembahyang, lalu ada tamu yang datang kerana sesuatu keperluan, maka segeralah ia meringkaskan sembahyangnya untuk menyambut tamu seraya bertanya kepadanya: Apa hajat anda?
Bila baginda berada di dalam sesuatu majlis antara para sahabatnya tidak pernah dikhususkan satu tempat baginya, melainkan di mana saja Baginda sampai, di situlah ia duduk. Baginda selalu menghormati sesiapa saja yang mendatanginya, sehingga terkadang-kadang Baginda sampai menghamparkan kain supaya orang itu duduk di atasnya. Sering pula Baginda memberikan bantal sandaran kepada orang yang datang, supaya orang itu bersandar padanya.
Bila di dalam suatu majlis yang ramai, Baginda menghadapkan wajahnya kepada semua orang, satu lepas satu, sehingga seolah-olah kesemua majlisnya, pendengarannya, percakapannya, kehalusan budi pekertinya dan perhatiannya ditumpukan kepada setiap orang yang duduk bersamanya di dalam majlis itu. Padahal majlis Rasulullah s.a.w. itu umumnya ialah majlis yang diliputi oleh kesopanan kerendahan diri dan amanah.
Allah telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim:

“Oleh kerana rahmat Tuhan engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka, dan kiranya engkau berbudi kasar dan berhati bengis, nescaya mereka akan lari dari sekelilingmu.” (Ali-Imran: 159)
Baginda lebih suka memanggil para sahabatnya dengan nama gelaran masing-masing untuk menghormati mereka akan memikat hati mereka. Sesiapa yang tidak punya nama gelaran, Baginda memberinya nama gelaran, lalu ia pun dipanggil dengan gelaran itu. Bukan kaum lelaki saja yang diberi nama gelaran malah kaum wanita juga, sama ada pernah melahirkan anak mahupun yang tidak. Bahkan kepada anak-anak kecil pun demikian juga, sehingga hati anak-anak itu tertarik kepada peribadinya s.a.w.
Baginda Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang amat jarang marahnya, tetapi jika marah paling segera redha pula. Baginda adalah orang yang berhati belas terhadap orang ramai, paling baik antara mereka sekalian, dan paling banyak memberikan manfaat kepada seluruh manusia. Tidak pernah sekalipun terdengar suara yang tinggi dalam semua majlis-majlisnya.
Apabila bangun dari majlisnya, Baginda sering membaca :

Maha Suci engkau wahai Tuhanku dengan segala kepujian bagiMu, aku menyaksikan bahawasanya tiada tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu.”

 

Penjabaran Keutamaan Ayatul Kursy

ayat kursi
ayat kursi
Mafhum ayat:
Allah, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Dia yang maha Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi-Nya segala yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yang boleh memberi pertolongan kecuali dengan izin-Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendaki Nya. Lebih luas Kuasa-Nya yg ada di langit dan bumi. Tidak sulit bagi-Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Agung.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran yaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, artinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.


Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.



DEFINISI MURU’AH

Pengertian muru'ah dari segi bahasa adalah kehormatan dan harga diri. Al-Fayumi mendefinisikan muru'ah sebagai akhlak kejiwaan yang membawa seseorang untuk senantiasa berakhlak baik dan memiliki sikap menawan. Sedangkan Al-Kafawi mendefinisikan muru'ah sebagai tabiat kemanusiaan, bahkan keperwiraan yang sempurna.
    Dari segi istilah, muru'ah bermakna salah satu akhlak islami yang dapat mengantar kan seseorang untuk memiliki jiwa yang bersih dan tidak terkungkung dan diperbudak oleh nafsu syahwatnya; manifestasi karakter seorang muslim yang memiliki cita-cita (himmah) tinggi dan selalu tidak suka pada sesuatu yang rendah dan hina.
    Muawiyah bin Abi Sufyan pernah bertanya pada Amr bin Al-Ash tentang muru'ah. Amr menjawab, muru'ah adalah bertakwa kepada Allah dan menjaling silaturrahim. Muawiyah lalu bertanya pada Mughirah tentang muru'ah, ia menjawab adalah menjaga diri dari sesuatu yang dilarang oleh Allah dan melakukan sesuatu yang dihalalkan oleh-Nya.    Mughirah juga pernah bertanya hal yang sama pada Yazid, dan ia menjawab, Muru'ah adalah sabar atas musibah, bersyukur atas nikmat, dan memaafkan kesalahan orang lain. Banyak dalil terkait dengan perintah untuk memiliki sifat muru'ah, antara lain firman Allah, “Jadilah engkau seorang yang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang bodoh.” (QS. Al-A'raf: 199).    Abdullah bin Zubair menjelaskan, tidaklah ayat ini diturunkan kecuali untuk menerangkan akhlak. Diriwayatkan oleh Sufyan bin Uyainah dari Asy-Sya'bi, ia berkata, Sesungguhnya malaikat Jibril turun membawa ayat ini kepda Nabi Muhammad. Kemudian beliau bertanya,” ayat apa ini wahai Jibril?”     Sang malaikat menjawab, ”Saya tidak tahu. Saya akan tanyakan kepada Zat Yang Maha Mengetahui. Dalam riwayat lain disebutkan, “Saya akan bertanya kepada Tuhanku”. Jibril lalu pergi dan beberapa saat datang kembali, ia berkata, “Sesungguhnya Allah memerintahkanmu untuk memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu. Memberikan sesuatu kepada seseorang yang menahan pemberiannya kepadamu, dan menjaling hubungan dengan seseorang yang memutuskan hubungan denganmu.”    Sebuah syair menerangkan bagaimana muru'ah itu, katanya: Termasuk orang yang memiliki kesempurnaan adalah seorang pemuda yang padanya terhimpun tiga akhlak mulia, menjalin hubungan dengan orang yang memutuskannya, memaafkan orang yang berbuat aniaya padanya, dan memberikan sesuatu kepada orang yang menahan pemberiannya.

Orang Terhormat

    Mengenai sifat muru'ah Rasulullah, Ibnu Ishak sebagai ahli sejarah Nabi paling muktabar meriwayatkan sebagaimana berikut: Pada saat Rasulullah masih remaja, Allah telah memelihara dan melindungi beliau dari sifaf-sifat kotor kaum jahiliyah. Itu karena Allah menghendaki beliau menjadi orang terhormat, dan kelak akan diangkat sebagai Rasul-Nya.     Beliau memang hidup di tengah-tengah agama kaumnya, tetapi Allah kemudian mengangkatnya sebagai sosok yang memiliki sifat muru'ah paling tinggi di antara mereka, memiliki akhlak paling sempurna, paling baik pergaulannya, paling baik sikapnya terhadap tetangganya, paling jujur perkataannya, paling besar sifat amanahnya dan paling jauh dari sifat keji dan hina.Pendek kata, Rasulullah sangat terhindar dari akhlak yang dapat menodai kesempurnaan peribadinya. Ia adalah pribadi sempurna yang sudah ada sejak kecil dan dipelihara oleh Allah sehingga tidak terkontaminasi akhlak jahiliyah. Kepribadian suci ini telah terawat sejak kecil pada diri sang Rasul.     Karenanya, ketika beliau diutus Allah untuk menyampaikan risalah penutup kenabian, yang diprioritaskan pertama kali adalah menanamkan akhlak suci tersebut di tengah-tengah masyarakat.    Hadis bersumber dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, Kemuliaan orang mukmin ada pada agamanya. Kehormatannya ada pada akalnya. Sedangkan keutamaannya ada pada akhlaknya. Ada pun riwayat dari Abu Mas'ud, Di antara sabda Nabi yang dikenal luas oleh manusia adalah, jika engkau tidak memiliki rasa malu, maka berbuatlah sesukamu. Idza lam tastahyi fashna' ma tasya'!    Bangsa ini, terutama para pemimpin dan aparatur negaranya selalu mengalami kirisis muru'ah. Berbagai kasus silih berganti, datang menerpa, tak terkecuali kasus korupsi dan asusila. Bahkan dari pusat pemerintahan, para menteri satu persatu tersandung kasus korupsi dan lengser sebelum masa jabatannya selesai sebagaimana dialami Kabinet Indonesia Bersatu II (2009-2014).    Di daerah, tidak sedikit kepala daerah baik gubernur, wali kota dan bupati juga mengalami hal yang sama. Bahkan di Provinsi Banten, ada kepala daerah beserta istrinya terbukti melakukan korupsi berjamaah.    Muru'ah benar-benar telah lenyap. Padahal mereka, hampir semuanya mengaku beragama Islam. Begitu pula dengan anggota legislatif yang priode 2014-2019 ini, kita saksikan di layar kaca bagaimana rapat paripurna DPR yang membahas alat kelengkapan dewan, Selasa, 28 Oktober 2014 yang berakhir ricuh.    Keributan terjadi setelah pimpinan mengetuk palu untuk mengesahkan susunan anggota komisi dari Partai Persatuan Pembangunan (PPP). Sangat susah rasanya mengakui bahwa mereka adalah para wakil rakyat terhormat. Nyata sekali kalu mereka sesungguhnya sudah kehilangan muru'ah dan sulit untuk dihormati.

Terobosan    Terobosan Presiden dan Wakil Presiden 2014-2019, Joko Widodo dan Jusuf Kalla, dalam menyeleksi para menterinya dengan melibatkan KPK patut diapresiasi. Di antara 4- lebih nama yang diajukan Tim Transisi, delapan diantaranya dicoret KPK.    Untuk menjadikan bangsa bermuru'ah harus didahului dengan contoh dari para pemimpinnya, termasuk para menteri yang telah dilantik pada 27 Oktober 2014. Sikap muru'ah dimulai dari diri sendiri, menghindari hal-hal yang menurunkan martabat seperti makan-minum dengan tangan kiri, merokok sambil wawacara, atau memamerkan tato.    Kabinet ini harus bekerja yang dilandasi amanah, tanggungjawab, dan kesadaran bahwa apa pun yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Jabatan setingkat menteri adalah posisi yang akan menjadi penghalang untuk masuk surga jika tidak digunakan untuk kemaslahatan umat, dan sebaliknya akan menjadi pelicin untuk masuk surga jika dipahami sebagai media dakwah, begitulah alam pandang Islam (islamic worldview) memandang sebuah jabatan.    Kini saatnya presiden, wakilnya, dan para menteri, serta gubernur dan bawahannya menunjukkan bahwa mereka adalah pilihan terbaik. Ekspektasi bangsa ini begitu besar, untuk melihat para pengelolahnya sebagai panutan yang penuh muru'ah, sayang jika dikecewakan. Wallahu A'lam! (*)



Menjaga Muru’ah agama kita
Muslimah paling utama adalah wanita-wanita yang bisa menjaga diri dan agamanya. Ia senantiasa menjaga penampilannya, tidak hanyut pada model, gaya, gebyar dan tren yang justru mengorbankan agamanya sendiri.
Sesungguhnya wanita yang punya budi luhur secara bahasa atau sikap, dia sudah mendominasi 50% agamanya. Berbahagialah jejaka yang memperoleh tipe gadis seperti itu. Dan seharusnya pemuda mengutamakan agamanya. Lihat dulu bagaimana budi baiknya terhadap keluarga, terhadap teman atau masyarakat. Dari sana sudah memperoleh syarat-syarat pemenuhan gadis yang beragama.
Rasulullah saw. bersabda : “Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak,sedangkan akhlak yang islami ialah sifat malu.” (HR. Imam Malik)

Muslimah yang utama dia bisa menjaga diri dan agamanya. Dia malu dengan jilbab yang dikenakan untuk berbuat dari hal-hal yang dicela agama dan membuat orang lain menjadi mencela ajaran agamanya. Muslimah seperti inilah  yang disebut mampu menjaga muru’ah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar